ALOR SETAR – Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 peringkat negeri Kedah berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung di Dataran Medan Bandar di sini sejak pukul 7 pagi tadi. Sambutan dimulakan sejurus keberangkatan tiba Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff pada pukul 9.30 pagi. Berangkat sama ialah Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda…










