LANGKAWI 3 Ogos – Seramai 100 penggiat industri pelancongan di daerah ini menyertai bengkel ‘Sembang Gah Kedah’ bagi mengukuhkan sektor itu sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Bengkel anjuran Tourism Productivity Nexus (TPN) dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan kerajaan negeri itu sebagai usaha untuk mendedahkan penggiat industri kepada pasaran digital. Selain pengendali produk pelancongan, pemilik perkhidmatan pelancongan dan ejen pelancongan di pulau peranginan itu, bengkel terbabit turut disertai pihak…










