OHIO 4 Ogos – Seorang lelaki yang memakai perisai badan melepaskan tembakan di Dayton, menyebabkan kira-kira 10 orang maut manakala 26 lagi cedera. Menurut Penolong Ketua Polis, Matt Carper, insiden berkenaan berlaku sekitar pukul 1 pagi waktu tempatan di Daerah Oregon, Dayton. Lapor Reuters, motif kejadian masih disiasat dan suspek dikatakan bertindak secara sendirian. – AGENSI










