Zhahin, Iman Suhada juara di Langkawi - Utusan Malaysia

Zhahin, Iman Suhada juara di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemain tenis pelapis negara Mohd. Zhahin Ielyas dan Iman Syuhada Abdullah masing-masing muncul juara acara perseorangan lelaki dan perempuan Kejohanan Tenis Remaja NAAM Langkawi ATF 2019.

Mohd. Zhahin meneruskan kecemerlangan negara menjuarai acara tersebut untuk tahun ketiga berturut-turut selepas Mitsuki Leong dan Tan Li En dengan menundukkan Nikhil Mukherjee dari India 6-2, 6-7(5) 6-4 dalam tempoh dua jam 45 minit.

Iman Syuhada yang juga juara bertahan menundukkan rakan senegara, Dania Melati Fahrol Rodzi 6-0, 6-2 dalam tempoh 90 minit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Iman Syuhada turut merangkul kejuaraan dalam acara beregu bersama Dania Melati dengan menundukkan pasangan Uyenmy Dao-Kayleigh Lim 6-2, 6-3.

Dalam kategori beregu lelaki, pasangan Minh Tuan Dinh Viet-Minhtien Nguyen menewaskan pasangan Nikhil Mukherjee-Ethan Maan 6-2, 7-6(7).

Kejohanan yang bermula 24 Jun lalu melabuhkan tirainya semalam berjaya menarik penyertaan lebih 50 peserta dari 13 negara termasuk Singapura, Filipina, Thailand, Latvia, Pakistan, India, Indonesia, Arab Saudi, Hong Kong, Jepun, Itali dan Vietnam.

Pengerusi NAAM Sdn. Bhd., Datuk Dr. Ravi Ponniah menzahirkan kegembiraannya terhadap pencapaian pemain muda negara yang berjaya menyaingi pemain antarabangsa.

Sementara itu, pengarah pertandingan, Datuk Sayed Alfeizal Sayed Ahmad berkata, sekiranya lebih banyak pertandingan bertaraf ATF atau ITF dilaksanakan di Malaysia, pemain muda negara mampu mengorak langkah untuk beraksi di kejohanan lebih besar pada masa akan datang.

“Tidak mustahil satu hari nanti ada pemain Malaysia mampu beraksi di kejohanan bertaraf Grand Slam seperti Terbuka Australia, Perancis, Wmbledon dan Terbuka Amerika Syarikat (AS),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini