TEMERLOH – Seorang warga emas maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 102.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu, Abdul Jamal Yusoh, 64, dari Taman Jaya Diri, Chenor meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dinaiki oleh mangsa bersama tiga anaknya telah dilanggar oleh sebuah kereta Honda City dari arah belakang. “Kedua-dua buah kenderaan yang terlibat sedang menghala ke Kuala Lumpur sebelum kejadian tersebut. “Siasatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya