Warga emas maut, cucu cedera motosikal dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Warga emas maut, cucu cedera motosikal dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Seorang lelaki warga emas maut manakala cucunya cedera parah selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta di Kilometer 3, Jalan Sitiawan-Kayan di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.53 petang itu mangsa, Lee Eng Fatt, 72, maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, kejadian berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangi mangsa sedang menghala ke arah Sitiawan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai melintas jalan dari kiri ke kanan jalan. Seorang lelaki yang memandu kereta jenis Toyota Corona cuba mengelak namun tidak sempat kerana jarak yang terlalu dekat sebelum melanggar mangsa.

“Akibat kemalangan itu, mangsa bersama cucu perempuannya yang berusia 11 tahun melambung ke laluan bertentangan sebelum dia disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Muhammad Haniff, cucu mangsa pula cedera parah di bahagian kepala dan dia dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkaran rawatan lanjut.

“Mayat mangsa turut dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat.

“Pemandu kereta pula hanya mengalami luka di kedua-dua tangan akibat kemalangan tersebut,” katanya.

Menurutnya, kemalangan berpunca daripada mangsa yang cuai melintas jalan sehingga menyebabkan pelanggarang dengan kereta tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini