[VIDEO]Tak nak duduk dalam zon selesa - Pandelela - Utusan Malaysia

[VIDEO]Tak nak duduk dalam zon selesa – Pandelela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Ratu terjun negara, Pandelela Rinong enggan berada di zon selesa meskipun telah berjaya menggenggam tiket ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo menerusi acara 10 meter (m) platform seirama bersama gandingannya, Leong Mun Yee.

Jelas anak jati Sarawak itu, ini kerana musuh tradisi, China telah mengorak langkah baharu dengan mengetengahkan gandingan yang lebih mantap berbanding mereka.

“China sekarang telah guna gandingan baharu, yang lebih kecil, lebih muda, lebih bertenaga, lebih hebat. Jadi skuad terjun negara perlu berusaha keras untuk mengatasi mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mungkin kena pergi menimba ilmu di luar negara dalam usaha memburu kejayaan. Setakat ini bukan sahaja China, tetapi Mexico, Britain dan banyak lagi negara yang semakin hebat,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Tambahnya, dia sangat teruja untuk mewakili Malaysia buat kali keempat dalam temasya berprestij itu.

Pandelela-Mun Yee muncul wakil pertama daripada sukan berkenaan mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo menerusi acara 10m platform seirama selepas meraih pingat perak dalam Kejohanan Terjun Dunia di Korea Selatan, Ahad lalu.

Sementara itu, Mun Yee melahirkan rasa lega apabila dapat mengesahkan tiket Olimpik lebih awal, sambil menyifatkan semua usaha dan kerja keras mereka menjelang Kejohanan Dunia itu berbaloi.

“Kami secara mentalitinya sudah bersiap sedia sebab untuk mendapat kelompok ketiga ke atas yang boleh melayakkan ke Olimpik sangat mencabar. Jadi saya sangat gembira dapat tiket (Olimpik) awal.

 

“Sekarang semuanya dalam keadaan baik dan yang penting jangan ada kecederaan sebelum ke Tokyo,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini