[VIDEO] Penyokong Azmin penuhi kediaman rasmi MB Selangor - Utusan Malaysia

[VIDEO] Penyokong Azmin penuhi kediaman rasmi MB Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 21 Julai – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ternyata mempunyai sokongan yang kuat daripada akar umbi parti itu apabila kediaman rasmi Menteri Besar Selangor yang menjadi lokasi majlis doa selamat dan kesyukuran dipenuhi penyokongnya malam ini.

Mohamed Azmin yang tampil berbaju Melayu putih, berkopiah dan mengenakan kain palaikat tiba di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor kira-kira pukul 7.20 malam.

Antara pemimpin kanan PKR yang dilihat hadir sama ialah Datuk Kamarudin Jaafar, Dr. Mansor Othman dan Dr. Afif Bahardin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis doa selamat dan kesyukuran itu dimulakan dengan solat fardu Maghrib berjemaah, disusuli solat hajat dan bacaan Yassin.

Perkembangan lanjut akan dikemaskini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini