[VIDEO] Harimau kejar motosikal bukan berlaku di Malaysia - Utusan Malaysia

[VIDEO] Harimau kejar motosikal bukan berlaku di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Video yang menjadi tular memaparkan seekor harimau cuba mengejar dan menerkam penunggang motosikal baru-baru ini tidak berlaku di Malaysia.

Video berdurasi 13 saat itu, menunjukkan dua orang penunggang motosikal sedang dikejar seekor harimau di sebuah kawasan mirip seperti suasana di Malaysia.

Petikan daripada laman Facebook, “Forests and Wildlife Protection Society” melaporkan, kejadian tersebut berlaku di “Muthanga Wildlife Safari” di India.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana kejadian tersebut tidak berlaku di Malaysia. 

“Penduduk di Malaysia tidak perlu berasa bimbang kerana video yang tular itu berlaku di India, bukannya di negara ini. 

“Setakat ini kami juga tidak menerima sebarang laporan mengenai haiwan buas yang berlegar di kawasan umum,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. 

Tambah Kadir, pihak Perhilitan sentiasa mengawal dan menjaga haiwan-haiwan buas seperti ini untuk mengelakkan kejadian seperti ini terjadi di negara. 

“Perhilitan bersama agensi-agensi lain sentiasa memantau keadaan hidupan liar agar tidak memberi ancaman yang berbahaya kepada orang ramai,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini