[VIDEO] Bila harimau masuk kampung - Utusan Malaysia

[VIDEO] Bila harimau masuk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Penduduk Kampung Besol Lama, Bukit Besi, Dungun dikejutkan dengan kunjungan dua ekor harimau belang yang tersesat dan berkeliaran kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Haiwan tersebut yang dilihat berada dalam kelaparan bagaimanapun tidak bertindak agresif dan penduduk kampung berjaya menghalaunya kembali ke hutan.

Satu rakaman video berdurasi satu minit 24 saat mula tular dalam media sosial yang memaparkan harimau tersebut berkeliaran dan turut dibantu pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, ada penduduk yang mendakwa kegiatan pembalakan dan perlombongan hutan di sekitar kampung berkenaan menjadi punca habitat haiwan tersebut diganggu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini