MEKAH 15 Julai – Arafah dan Mina, kawasan Masyair yang akan menjadi penempatan jutaan jemaah dari seluruh dunia ketika menunaikan ibadat haji kini dalam fasa terakhir persiapan. Tinjauan pemberita di kawasan sekitar penempatan bakal-bakal jemaah Malaysia mendapati kebanyakan khemah telah siap dipasang dengan kerja-kerja pendawaian sedang dijalankan. Beberapa juruelektrik tempatan dilihat sedang melakukan persiapan akhir bekalan elektrik ke khemah-khemah, bagi memastikan jemaah mendapat cahaya lampu dan pendingin hawa. Mulai tahun lepas, pihak Muassasah Asia Tenggara telah memasang pendingin hawa menggantikan kipas yang dilaksanakan di semua khemah jemaah Malaysia. “Seminggu sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya