Vape: Kementerian Pendidikan pandang serius - Utusan Malaysia

Vape: Kementerian Pendidikan pandang serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 21 Julai – Kementerian Pendidikan memandang serius isu penjualan bahan-bahan terlarang seperti rokok elektronik dan vape kepada murid-murid sekolah.

Dalam satu kenyataan, kementerian menegaskan, pihaknya akan berkerjasama erat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membendung jualan bahan-bahan terlarang berkenaan terutamanya kepada murid-murid sekolah.

“Hasil daripada pemantauan dan aduan yang diterima, kementerian mendapati jualan bahan-bahan tersebut adalah di luar kawasan sekolah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kementerian turut mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam memberi pendedahan tentang larangan membeli dan bahaya penggunaan bahan-bahan ini daripada sudut kesihatan selain mengingatkan ibu bapa untuk memantau kegiatan anak-anak yang menjurus ke arah ini,” katanya di sini hari ini.

Mingguan Malaysia menerusi laporan khas hari ini mendedahkan gejala menghisap vape dalam kalangan pelajar kian serius malah seperti tidak terkawal berikutan trend membimbangkan itu sudah melarat ke peringkat sekolah rendah.

Pelajar dilaporkan bukan sahaja berani menghisap vape di kawasan awam atau khalayak ramai tetapi juga tetapi membawa alat itu ke sekolah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini