1.Hari ini kerajaan mengusulkan di Parlimen undang-undang baharu yang akan mewajibkan setiap ahli Parlimen mengisytiharkan aset dan harta mereka. 2.Dewan gegak gempita dengan hujah pro dan kontra dari ahli-ahli Parlimen dalam membahaskan sebuah usul yang pada hemat kami dibuat atas fokus yang salah, tidak menyeluruh dan tidak akan memberi apa-apa kesan kepada pelaku rasuah. 3.Fokus kerajaan baharu ini seharusnya ke arah memburu, menangkap dan menghukum mereka yang rasuah, salah guna…










