United perlu beli Kante, Matuidi untuk Pogba - Utusan Malaysia

United perlu beli Kante, Matuidi untuk Pogba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Manchester United perlu membawa masuk N’Golo Kante dan Blaise Matuidi untuk bergandingan bersama Paul Pogba, kata Mark Bosnich.

Bekas penjaga gol Manchester United itu bukanlah orang pertama yang mencadangkan agar pemain tengah pemenang Piala Dunia 2018 itu menyertai skuad Red Devils.

Bosnich bagaimanapun adalah individu terbaharu yang menyifatkan Kante dan Matuidi mampu menyerlahkan kehebatan Pogba di Old Trafford.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam konteks Pogba, saya fikir adalah lebih baik mereka (United) membina pasukan di sekelilingnya.

“Saya rasa apa yang mereka patut buat adalah mengesan siapa yang boleh membantu Pogba untuk mencapai kejayaan seperti di Juventus dan Piala Dunia, dan siapa yang bergandingan dengannya?

“Dalam Piala Dunia, gandingannya adalah N’Golo Kante (Chelsea) and Blaise Matuidi (Juventus).

“Jadi jika anda mencari pemain, sama ada membawa masuk kedua-duanya atau salah seorang yang sering bergandingan dengannya dan yang paling terbaik dalam kalangan mereka,” kata Bosnich.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×