UMNO dalam proses lepaskan beberapa pegangan saham - Utusan Malaysia

UMNO dalam proses lepaskan beberapa pegangan saham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu sedang dalam proses melepaskan pegangan saham dalam beberapa syarikat.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu dengan menyatakan ia terletak di bawah jawatankuasa kewangan, aset dan pelaburan parti dipengerusikan Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 

“Memang ada usaha melepaskan beberapa pegangan saham UMNO kepada pembida tertentu melalui proses-proses yang menepati peraturan yang disyaratkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Parti itu sebelum ini dilapor telah menjual 11.09 peratus pegangannya dalam Media Prima Bhd. selain melepaskan pegangan saham 31.6 peratus dalam Utusan Melayu (M) Berhad. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini