UMNO boleh contohi semangat, gerak kerja Pas - Utusan Malaysia

UMNO boleh contohi semangat, gerak kerja Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 6 Julai – Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, parti itu boleh mencontohi semangat dan gerak kerja Pas yang mampu bertahan walaupun berdepan kekangan kewangan.

Beliau berkata, ahli-ahli Pas membuktikan terus komited kepada parti mereka meskipun telah lama berjuang sebagai pembangkang.

“Kita kena ambil iktibar daripada Pas, mereka sabar dan bekerja kuat malah ada aset parti. Ini sesuatu yang kita boleh ikuti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan gabungan UMNO dan Pas, kita boleh kongsi idea untuk kebaikan parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Seremban di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Wanita UMNO negeri, Lateffah Ali Kunjoo; Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mustafa Salim dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Kawasan Seremban, Fatimah Baharudin.

NORAINI AHMAD
NORAINI AHMAD

Dalam pada itu, Noraini menghargai kecekalan kira-kira 1.2 ahli pergerakan itu yang tidak berganjak ketika parti berdepan kesusahan selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Katanya, disebabkan tiada peruntukan kewangan daripada pucuk pimpinan UMNO, mereka secara sukarela mengeluarkan wang sendiri untuk aktiviti parti.

“Di bahagian saya di Parit Sulong, mereka hulurkan sumbangan untuk menyewa dewan di hotel ekoran ketiadaan dewan untuk bermesyuarat.

“Begitu juga di Kedah, terpaksa buat khemah di luar untuk mesyuarat. Semangat mereka tak putus, seolah-olah parti kita tak kalah. Mereka buat kerja tanpa disuruh, tak berganjak sebab mereka sayangkan parti.

“Wanita UMNO kumpul duit, kalau dulu jamuan gunakan katering tetapi sekarang ‘pot luck’. Kita lihat yang lompat parti hanyalah pemimpin atasan tetapi di bawah mereka tetap setia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini