Ujian saringan, kesan Hepatitis C lebih awal - Utusan Malaysia

Ujian saringan, kesan Hepatitis C lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Orang ramai digalakkan untuk membuat ujian saringan awal Hepatitis C di klinik kesihatan dan hospital seluruh negara bermula 15 hingga 21 Julai ini.

SENARAI Hospital dan Klinik Kesihatan yang menawarkan ujian saringan Hepatitis C kepada orang awam.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memberitahu, program ujian saringan di seluruh negara itu turut mendapat kerjasama daripada Drug for Neglected Diseases Initiative (DNDi).

Memuatkan artikel berkaitan…

” Kami mengadakan program ini bersempena Hari Hepatitis C pada 28 Julai ini. Antara hospital dan klinik kesihatan yang terlibat termasuk Hospital Ampang, Hospital Selayang, Banting, Shah Alam dan banyak lagi.

” Penyakit ini boleh dirawat sehingga sembuh sekiranya dikesan awal melalui ujian saringan. Oleh itu, rebutlah peluang yang diberikan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini