KUALA LUMPUR 2 Julai – Pemandu-pemandu e-hailing tidak perlu khuatir untuk menduduki ujian bagi mendapatkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah mudah dan bersifat logik. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, lebih-lebih lagi jika pemandu-pemandu berkenaan menduduki kursus terlebih dahulu sebelum menjawab ujian tersebut. “Saya semalam pun menduduki ujian itu sebab saya sengaja ingin mengetahui soalan-soalan yang ditanya dan saya lulus mendapat 82 markah. “Daripada…










