SEREMBAN – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berangkat merasmikan persidangan Federalisme di Malaysia: Mentakrif Semula Hubungan Persekutuan dan Negeri di Malaysia di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dekat Nilai di sini. Baginda diiringi oleh Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud yang juga Canselor USIM. Hadir sama, Pro-Canselor USIM, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz. Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk…










