IPOH 24 – Tiga pemain import dari Brazil sedia untuk membantu Perak membawa pulang Piala FA selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 2006. Penyerang Ronaldo Henrique Silva, Raianderson da Costa Morais atau Careca dan pemain tengah, Leandro dos Santos melaungkan keazaman untuk menggempur kubu pasukan Kedah pada perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini. Menurut Ronaldo, dia menyandarkan prestasi semasanya yang telah menjaringkan lapan gol dalam 12 perlawanan bersama Perak. Katanya,…