Tiga remaja maut kemalangan - Utusan Malaysia

Tiga remaja maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH 9 Julai – Tiga remaja maut selepas motosikal yang ditunggang mereka berlanggar sesama sendiri di Jalan Bukit Mas-Bukit Panau dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa yang maut ialah Muhammad Danial Adam Che Hasim, 17; Abdul Rahman Abdullah, 16 dan Muhammad Nasrun Al Hakim Nor, 14.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal menjadi ketiga-tiga remaja berkenaan dalam perjalanan dari Bukit Mas ke Bukit Panau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian remaja berkenaan dikatakan telah berlanggar sesama sendiri.

“Kesan pelanggaran itu, menyebabkan ada dalam kalangan mangsa telah terbabas ke bahu jalan disebelah kiri dan kanan.

“Bagaimanapun, kesemua mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya.

Suzaimi memberitahu, kesemua jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut berhubung punca sebenar kemalangan itu sedang dijalankan.

“Kes disiasat bawah sseksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini