Terima kasih Kerajaan Pusat - MB Pahang - Utusan Malaysia

Terima kasih Kerajaan Pusat – MB Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 8 Julai – Kerajaan negeri berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana meluluskan peruntukan RM637 juta bagi pelaksanaan tiga projek infrastruktur di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan perkara tersebut kerana ketiga-tiga projek itu adalah berkaitan kemudahan asas bagi manfaat dan kesejahteraan rakyat.

“Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pengumumannya mengenai kelulusan peruntukan RM637 juta untuk tiga projek infrastruktur berkaitan utiliti air di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Peneroka 2019 di Felda Selancar 3 di Rompin dekat sini semalam, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM637 juta bagi tiga projek infrastruktur di Pahang yang dapat memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Ketiga-tiga projek infrastruktur itu ialah pembinaan tangki imbangan berkapasiti 106 juta liter sehari di Kawasan Perindustrian Gebeng, di sini dengan kos RM173 juta, Loji Rawatan Air (LRA) Semambu fasa tiga berkapasiti 145 juta liter sehari dengan kos RM446 juta dan projek bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di Raub dengan kos RM18 juta. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini