Tempat ketiga penawar duka Malaysia - Utusan Malaysia

Tempat ketiga penawar duka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pasukan lelaki negara menutup kempen Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia di tangga ketiga manakala skuad wanita mengakhiri cabaran di tempat keempat di Chonburi, Thailand, hari ini.

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, pasukan negara membenam Uzbekistan 6-3, yang menyaksikan ketua pasukan, Mohd. Hanip Che Halim melakukan hatrik menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-tujuh, ke-25 dan ke-32.

Tiga lagi gol Malaysia disempurnakan oleh Muhammad Firdaus Omar pada minit ketiga dan minit ke-31, diikuti Muhamad Aminudin Zain (minit ke-23).

Memuatkan artikel berkaitan…

Jaringan Uzbekistan pula diperoleh menerusi Enver Ismailov (minit keenam) dan Ruslan Satlikov (minit kesembilan dan ke-38).

Sementara itu, skuad wanita yang menjadi juara edisi sulung di Ipoh pada 2009, menduduki tempat keempat selepas kalah 0-1 kepada pasukan Uzbekistan dalam penentuan penalti. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam permainan sebenar.

Terdahulu Uzbekistan membuka jaringan menerusi Kamilia Adizova pada minit ke-32, namun Malaysia memperoleh gol penyamaan menerusi jaringan Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun pada minit ke-40. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini