Tangkap kerang gergasi, pelakon Korea Selatan bakal dipenjara - Utusan Malaysia

Tangkap kerang gergasi, pelakon Korea Selatan bakal dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Seorang pelakon wanita Korea Selatan berdepan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun di Thailand kerana menangkap kerang gergasi yang dianggap spesies terancam, dalam satu rancangan realiti televisyen.

Lee Yeol-eum, 23 telah dirakam menyelam untuk menangkap kerang gergasi di taman marin Thailand dalam salah satu episod rancangan The Law of the Jungle yang disiarkan pada 30 Jun lalu.

Hidupan laut itu disenaraikan sebagai spesies terancam dan dilindungi di bawah undang-undang negara Thailand.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebuah gambar yang memaparkan Yeol-eum menangkap haiwan moluska itu mula tular dalam internet dan telah menarik perhatian pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Ketua Taman Negara Hat Chao Mai, Narong Kongaid berkata, pihaknya telah memfailkan dua pertuduhan terhadap Yeol-eum pada Rabu lalu kerana telah melanggar undang-undang Taman Negara dan undang-undang perlindungan hidupan liar.

“Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun,” katanya.

Tambah Narong, meskipun syarikat produksi itu telah memohon maaf, mereka tidak akan menarik balik aduan tersebut kerana tindakan itu diklasifikasikan sebagai kes jenayah. – AFP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini