Suri rumah maut Alza rempuh lori - Utusan Malaysia

Suri rumah maut Alza rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang suri rumah meninggal dunia selepas kenderaan jenis Perodua Alza yang dipandu suaminya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 19 Jalan Chini dekat Kampung Batu Gong, Pekan pagi tadi.

Kejadian pukul 8.10 pagi itu mengorbankan Rokiah Hassan, 72, yang disahkan maut di tempat kejadian, manakala suaminya, Che Mat Lateh, 70, mengalami kecederaan di muka dan rusuk.

Sementara itu, dua rakan mangsa yang turut berasal dari Felda Chini, Jamilah Sahari, 61, mengalami patah bahu kanan, manakala Khadijah Ausni, 62, tidak cedera.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, kejadian berlaku apabila sebuah lori tanpa muatan dari arah Segamat, Johor sedang membelok ke kanan untuk memasuki simpang Kampung Batu Gong.

“Kereta dipandu suami mangsa yang datang dari arah Chini, Pekan menuju Muadzam Shah, Rompin telah melanggar bahagian kiri belakang lori tersebut yang sedang membelok,” kata beliau menerusi kenyataan hari ini.

Jenazah mangsa yang berasal dari Felda Chini dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat, manakala suami dan rakannya juga dirawat di hospital sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini