KUALA LUMPUR – Pusat Perubatan Sunway (SunMed) akan menganjurkan forum awam mengenai penyakit buah pinggang di Pusat Konvensyen SunMed, Pusat Perubatan Sunway pada 7 Julai ini.
SunMed dalam satu kenyataan memberitahu, forum bertajuk Expanded Hemodialysis: Melebihi Penjagaan Rapi Fistula itu akan bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 12 tengah hari.
“Orang ramai dialu-alukan menghadiri program percuma ini. Mereka berpeluang menambah ilmu pengetahuan mengenai penjagaan hemodialisis secara lebih mendalam.
“Kami juga menawarkan sebanyak 20 konsultasi diet secara percuma kepada peserta yang terawal mendaftar sempena ulang tahun ke-20,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Orang ramai boleh hubungi di talian 03-74911052 atau email kepada [email protected] untuk mendaftar. – UTUSAN ONLINE











