SUASANA studio yang suram berubah gamat gara-gara perkongsian berani mati penyanyi Syafiq Farhain bahawa dirinya pernah menjadi mangsa usikan lelaki bernafsu songsang menerusi Instagramnya baru-baru ini. Tambahan pula dedah pelantun Sayang Maafkan Aku itu, kata ganti diri atau panggilan antara dia dan lelaki berkenaan yang diawali dengan dengan istilah ‘bro’ berubah menjadi ‘baby’. Seram bukan? Dedahnya lagi, mesej yang diterima menerusi Direct Message (DM) Instagram tersebut adalah daripada seorang Instafamous…










