KUALA LUMPUR – Orang ramai dialu-alukan untuk menghadiri program ‘Memahami kanser : A Forum Awam’ di SK Terbilang, Aras 2 Sri Kota Medical Centre pada 6 Julai ini.
Program anjuran Sri Kota Specialist Medical Centre itu akan diadakan bermula pukul 8.45 pagi hingga 12 tengah hari.
Sri Kota Specialist Medical Centre dalam satu kenyataan memberitahu, pelbagai topik perundingan kanser akan dibincangkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Antaranya adalah penyakit kanser payudara, diet dan pencegahan yang mana akan dikupas oleh empat orang perunding,” katanya dalam kenyataan itu di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE











