KUALA LUMPUR 31 Julai- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz akan mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan Bicara Berirama selepas dinobatkan sebagai juara peringkat negeri, baru-baru ini. Pemangku Pengurus Pusat PKNS Real Estate Sdn. Bhd, (PREC), Syahril Mohd. Rashid berkata, sekolah tersebut berjaya mengalahkan sembilan pasukan dari beberapa kawasan iaitu Gombak, Sepang, Petaling dan Klang. “Program pendidikan yang julung kali diadakan ini penting kerana ia merupakan salah satu…