SMK Seksyen 11 hambat SSMP B - Utusan Malaysia

SMK Seksyen 11 hambat SSMP B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Saingan Liga Perdana 100Plus merebut Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2019 bawah 14 tahun semakin panas melibatkan kelompok teratas di antara SMK Seksyen 11 dan pendahulu, Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B.

SMK Seksyen 11 terus mengekori rapat pendahulu selepas melakar kemenangan kelima, menewaskan SMK Seri Kota 3-0 di Subang Jaya, Sabtu lalu.

Dua jaringan terhasil pada babak pertama menerusi Muhd. Aisy Mazlan (minit ke-27) dan Ahmad Ariz Zuhayr Norzaidi (minit ke-35) sebelum Salmanulfarisi Munawar melengkapkan kemenangan tuan rumah, seminit memasuki babak kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di awal permainan kita terlalu berhati-hati dan mengikut rentak permainan lawan,” kata Lafizul.

Melayan kunjungan SMK Seri Kota, SMK Seksyen 11, Muhd. Aisy meletakkan SMK Seksyen 11 di depan menerusi rembatan dalam kotak penalti, sebelum tandukan Ahmad Ariz Zuhayr menjadikan kedudukan 2-0.

Gawang SMK Seri Kota bolos kali ketiga, kali ini giliran Salmanulfarisi mencetak nama selaku penjaring untuk tuan rumah pada separuh masa kedua, sekali gus memastikan tiga mata berjaya diraih.

Lafizul bagaimanapun enggan pemain dibuai mimpi dengan prestasi dan keputusan semasa yang telah diraih kerana baginya perjalanan bagi musim ini masih panjang dan sebarang kealpaan akan mengecewakan mereka.

Kemenangan ini menyaksikan pasukan kendalian Lafizul Nizam muncul satu-satunya pasukan dari Sekolah Sukan Negeri yang masih belum tewas dalam saingan bawah 14 tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini