GAZA 17 Julai – Kementerian Hal Ehwal Luar Negara dan Ekspatriat Palestin menggesa satu siasatan antarabangsa diadakan berhubung kematian seorang tahanan Palestin dalam sel pengasingan di penjara Israel. Kementerian itu dalam satu kenyataan semalam berkata, rejim Zionis dan agensi keselamatannya termasuk Perkhidmatan Penjara Israel (IPS), bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian Nassar Taqataqa yang maut dalam sel soal siasat penjara. Nassar, 31, berasal dari pekan Beit Fajjar, lapan kilometer selatan Baitullaham, meninggal dunia di Penjara Nitza, Ahad lalu. Lapor Press TV, kenyataan itu kemudiannya menggesa Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) untuk membentuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya