KUALA LUMPUR – Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mempelawa orang ramai menghadiri Publisiti Awam Draf Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 1) 2030 yang akan diadakan di Ruang Legar MDKL sepanjang bulan ini. Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A. Hamid berkata, orang ramai khususnya penduduk atau individu yang mempunyai kepentingan di daerah ini dijemput hadir untuk meneliti setiap perancangan yang dibentang. Beliau berkata, sesi pendengaran awam itu akan diadakan bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang setiap hari. “Usaha ini adalah untuk memastikan semua pihak mengetahui setiap perancangan dan pembangunan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya