KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa isu berkaitan anak muda akan lebih mudah diperjuangkan sekiranya jumlah pengundi dalam kalangan mereka adalah lebih besar.
“Apabila ada jumlah pengundi anak muda yang lagi besar, lebih mudah untuk semua pemimpin muda untuk memperjuangkan isu anak muda.
“Isu anak muda serta-merta menjadi keutamaan negara. Tidak boleh lagi diabaikan,” katanya dalam satu hantaran dalam akaun Twitter miliknya hari ini.
Jelasnya lagi, suara dan kehendak anak muda turut menjadi isu utama negara.
Terdahulu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang menyokong kempen Undi 18 dan usul pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun. – UTUSAN ONLINE











