Selebriti dikecam tonjol anjing telinga runcing - Utusan Malaysia

Selebriti dikecam tonjol anjing telinga runcing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Sebilangan selebriti Britain dikecam netizen kerana menonjolkan anjing yang telah dipotong telinganya, lapor akhbar The Sun.

Penyanyi kumpulan Little Mix, Leigh-Anne Pinnock, 27, dan bintang bola sepak, Andy Carroll merupakan antara selebriti yang membenarkan anjing peliharaan mereka menjalani pembedahan kejam itu.

Prosedur tersebut yang dikenali sebagai docking adalah diharamkan di Britain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, pembiak-pembiak baka anjing membelakangi undang-undang itu dengan mengimport anjing tersebut.

Anak anjing daripada jenis Cane Corso dan American Bully dipotong telinganya menjadi runcing supaya haiwan itu kelihatan lebih garang apabila dewasa.

Bagaimanapun, prosedur itu menyakitkan dan menghalang anjing daripada berkomunikasi dengan betul.

Selain Pinnock dan Caroll, John Terry, 38, yang merupakan bekas kapten kelab bola sepak Chelsea turut memuat naik gambar anjing telinga runcing di akaun media sosial tetapi tidak memeliharanya.

Pinnock dikecam selepas memuat naik gambar anjing itu di laman Instagram.

Teman lelakinya, Andre Gray bagaimanapun mempertahankan Pinnock dengan memberitahu peminat di Instagram bahawa mereka tidak bersetuju dengan pembedahan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini