'Saya hanya bertanggungjawab kepada orang Islam' - Mujahid - Utusan Malaysia

‘Saya hanya bertanggungjawab kepada orang Islam’ – Mujahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menjelaskan hanya memikirkan tentang kebajikan umat Islam di negara ini berhubung isu produk minuman atau arak tanpa alkohol.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menegaskan beliau tidak boleh mengawal sesiapa pun termasuk peguam, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim berfikir tentang perkara berkenaan.

“Saya cakap kepada orang Islam kerana produk ini menimbulkan kekeliruan kepada mereka. Saya menteri yang menjaga hal ehwal agama sudah tentu mereka tanya. Jawapan saya begitulah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang dia (Siti Kasim) nak fikir selepas daripada itu adalah masalah dia. Masalah saya ialah nak jaga supaya orang Islam tak keliru. Itu sahaja,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Siti Kasim dalam satu hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini meminta supaya Mujahid tidak menghina umat Islam dengan mengeluarkan kenyataan mengelirukan berkaitan isu arak tanpa alkohol.

Jelas peguam itu, kenyataan yang dikeluarkan Mujahid berkaitan isu tersebut menyebabkan umat Islam kini keliru dengan apa haram dan halal.

Semalam, Mujahid meminta syarikat pengeluar minuman keras tidak sesekali mengelirukan umat Islam dengan mengeluarkan produk minuman dan arak tanpa alkohol. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini