KUALA LUMPUR 4 Julai – Kerajaan akan mengadakan satu sesi dialog bersama pihak pengurusan dan guru di semua sekolah antarabangsa di Malaysia bagi berbincang secara terbuka mengenai industri minyak sawit sekali gus meningkatkan pemahaman mereka terhadap komoditi itu. Tindakan itu adalah langkah proaktif kerajaan yang kesal terhadap sebuah video klip memaparkan sekumpulan kanak-kanak di sebuah sekolah antarabangsa membuat persembahan menunjukkan penanaman sawit kononnya telah menjejaskan habitat Orang Utan. Menteri Industri Utama, Teresa Kok menegaskan pihaknya menghormati pandangan berbeza oleh sesiapa sahaja termasuk guru dan pelajar, namun baginya mereka juga perlu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya