Saman fitnah Chin Tong - Azwanddin mungkin selesai luar mahkamah - Utusan Malaysia

Saman fitnah Chin Tong – Azwanddin mungkin selesai luar mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Julai- Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah meninjau kemungkinan menyelesaikan kes di luar mahkamah dalam saman berkaitan penerbitan dua artikel di media sosial berkenaan isu pakaian seragam komunis.

Peguam Chin Tong, Asheeq Ali memberitahu pemberita, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azimah Omar menetapkan 26 Julai ini bagi kedua-dua pihak memaklumkan kepadanya mengenai perkembangan terkini sama ada mereka boleh menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

“Sekiranya tiada ketetapan, Mahkamah Tinggi akan meneruskan perbicaraan yang tarikhnya ditetapkan mulai 23 hingga 25 September ini,” katanya semasa ditemui di luar mahkamah selepas pengurusan kes itu yang turut dihadiri peguam Sarah Abishegam yang mewakili Azwanddin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Chin Tong memfailkan saman itu terhadap Azwanddin pada 27 Disember 2018 berkaitan hantaran Facebook yang mendakwa timbalan menteri itu sengaja memakai uniform komunis ke acara ketenteraan. Azwanddin didakwa memuat naik imej dan kapsyen pada 30 Oktober tahun lalu.

Ia juga mengenai artikel yang ditulis Azwanddin di laman web JMM pada 19 Nov dengan tajuk “Kementerian Pertahanan Kini Berada Dalam Tekanan Dan Ancaman,”.

Liew menuntut antaranya ganti rugi am, ganti rugi teladan berjumlah RM20 juta serta injunksi bagi menghalang presiden JMM itu daripada terus menerbitkan artikel sama. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini