RM3 juta naik taraf jalan ke Kuala Gandah - Utusan Malaysia

RM3 juta naik taraf jalan ke Kuala Gandah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 14 Julai – Kementerian Kerja Raya akan menaik taraf jalan ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah dalam usaha memberikan keselesaan kepada pengunjung ke pusat rekreasi berkenaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir berkata, sehubungan itu pihaknya akan mengemukakan permohonan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada Kementerian Kewangan bagi menaik taraf jalan sejauh kira-kira 14 kilometer itu.

“Kita juga akan mengadakan rundingan dan perbincangan dengan agensi berkaitan seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya selain memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Laluan ini penting kerana ia adalah jalan antarabangsa yang turut digunakan pelancong dari luar negara yang datang ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah dan tempat pelancongan lain di sini,” katanya pada Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat Orang Asli Che Wong di Kampung Enggang Kuala Gandah di sini hari ini.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Woo Chee Wan; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Dr. Ong Gua Pak dan Batin Kampung Enggang Geng Nai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini