Ribuan ikan ditemukan mati di Sungai Ara - Utusan Malaysia

Ribuan ikan ditemukan mati di Sungai Ara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ribuan ekor ikan ditemukan mati terapung manakala air sungai bertukar menjadi hitam serta berbau busuk dipercayai berpunca daripada pencemaran air di Sungai Ara berdekatan Kampung Chempaka, Petaling Jaya semalam.

Difahamkan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Petaling telah menerima aduan daripada penduduk berhubung masalah itu dan punca kejadian masih tidak dapat dikenal pasti.

Kerja-kerja pembersihan bangkai ikan yang terapung turut dilakukan oleh JPS manakala siasatan untuk mengenalpasti punca kejadian sedang dijalankan oleh pihak berwajib. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini