Restoran ayam goreng berulat diarah tutup 14 hari - Utusan Malaysia

Restoran ayam goreng berulat diarah tutup 14 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 21 Julai – Sebuah restoran mamak di Batu 6 di sini diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan selama 14 hari kerana didapati kotor.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zainuddin Mohd. Ali berkata, restoran itu didapati  melanggar akta Peraturan-Peraturan Kesihatan Malaysia (PPKM) 2009.

“Kita telah arahkan restoran ini ditutup selama tempoh 14 hari mengikut Sesyen 11 Akta Makanan selepas pemeriksaan dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Empat notis turut dikeluarkan kepada restoran tersebut di bawah PPKM 2009,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Sebuah video berdurasi 3.16 minit tular dalam laman sosial hari ini menunjukkan seorang pelanggan tidak berpuas hati selepas ayam goreng yang dimakannya didakwa keluar ulat.

Zainuddin berkata, premis yang diarah tutup kebiasaannya mempunyai lebih daripada satu kesalahan dan tahap kebersihan yang sangat rendah.

Justeru, beliau menasihatkan pengendali makanan agar mengambil perhatian serius serta sentiasa mematuhi aspek kebersihan dan keselamatan makanan.

“Jabatan kesihatan serta pihak berkuasa tempatan akan memastikan sebarang aduan yang diterima daripada pelanggan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan diambil tindakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini