Renjer bermotosikal nyaris dibaham harimau - Utusan Malaysia

Renjer bermotosikal nyaris dibaham harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 1 Julai – Sebuah klip video yang memaparkan seorang penunggang dan pembonceng motosikal nyaris diserang seekor harimau di India menjadi tular di laman media sosial, semalam.

Menurut laporan Russian Today, video yang dirakam di Tempat Perlindungan Hidupan Liar Muthanga di Kerala, sebuah destinasi popular di selatan India, dimuat naik oleh Persatuan Perlindungan Hidupan Liar dan Perhutanan (FAWPS).

Klip video pendek itu memaparkan seluruh kejadian bermula daripada haiwan liar itu mengesan dua penunggang motosikal terbabit sehingga menyedari mangsanya terlepas dan kembali ke semak samun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dilaporkan dua individu berkenaan bukan pelancong atau penduduk tempatan tetapi renjer taman negara.

Video berkenaan turut menerima pelbagai reaksi warganet sehingga ada dalam kalangan mereka memuji kecekapan penunggang motosikal itu yang berjaya mengelak serangan harimau itu.

“Adakah ini caranya Taman Harimau diuruskan di India?” soal FAWPS. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini