Reman pengusaha pontun dilanjutkan sehari - Utusan Malaysia

Reman pengusaha pontun dilanjutkan sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Tempoh tahanan reman terhadap pengusaha pontun dilanjutkan sehari lagi bagi membantu siasatan berhubung kejadian pencemaran minyak diesel di Sungai Selangor yang mengakibatkan gangguan bekalan air kepada pengguna di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, tempoh tahanan reman lelaki berusia lingkungan awal 30-an yang berakhir hari ini dilanjutkan sehingga esok.

Bagaimanapun, katanya, seorang lagi lelaki yang juga pekerja pontun yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tempoh reman pengusaha itu dilanjutkan lagi sehari, manakala pekerjanya sudah dibebaskan dengan jaminan pihak polis.

“Setakat ini, tiada tangkapan baharu dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, dua lelaki yang merupakan pengusaha pontun dan pekerjanya masing-masing berusia 20-an hingga 30-an direman empat hari selepas ditahan di Kuala Selangor.

Setakat ini, lebih 10 keterangan telah diambil dan polis bekerjasama dengan pihak Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini