Remaja tergelincir ketika menjala ditemui lemas - Utusan Malaysia

Remaja tergelincir ketika menjala ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, K. Sathis Kumar ditemui lemas oleh sepasukan anggota bomba di Sungai Muar, Rompin, Bahau dekat sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, Muhamad Rasul Hashim berkata, mayat mangsa ditemui tersangkut pada sebatang kayu dalam sungai tersebut.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kes lemas itu pada pukul 5.05 minit dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sembilan anggota bomba digerakkan mencari mangsa. Operasi ditamatkan pada pukul 6.02 petang selepas mayat mangsa ditemui,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Muhamad Rasul berkata, mangsa dipercayai tergelincir ke dalam sungai itu semasa menjala ikan bersama bapa dan abangnya dan mayatnya diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini