KUALA LUMPUR – Pencapaian cemerlang Indra Putra Mahayuddin yang telah meledak lebih 100 gol dalam aksi Liga Super sepanjang kariernya mendapat penghargaan daripada rakan penaja Liga Malaysia (Liga M), 100Plus. Semalam, Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Engku Isyamuddin Tuan Losin memberikan penghargaan itu sebelum perlawanan Liga Super di antara Kuala Lumpur menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. Pada April lalu,…










