KUANTAN 15 Julai – Rakyat di negeri ini khususnya warga peneroka Felda menantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya menunaikan janji-janji mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ketua Penerangan Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Nesh Cilamuthu berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berharap Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku ketua kerajaan supaya segera menunaikan janji manifesto gabungan berkenaan. “PSAP menuntut janji-janji manifesto PRU-14 PH itu demi kelangsungan perpaduan kebajikan dalam negara tercinta ini. “Semoga Tun Mahathir berada dalam keadaan sihat dan dapat menjalankan tugas-tugas selaku ketua kerajaan dengan penuh kejujuran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya