Raja Permaisuri Agong berkenan adakan lawatan kerja sehari di Sarawak - Utusan Malaysia

Raja Permaisuri Agong berkenan adakan lawatan kerja sehari di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 5 Julai – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melakukan lawatan kerja selama sehari ke Sarawak, hari ini.

Raja Permaisuri Agong dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada pukul 5.30 petang ini.

Kedatangan baginda ke Kuching adalah bagi menghadiri program Lembaran Emas: Songket dan Keringkam Sarawak yang berlangsung di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bermula pada 7 malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Minggu lepas, isteri Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, merangkap Penaung Projek Inovasi dan Songket Keringkam Sarawak, telah menghadap Raja Permaisuri Agong di Istana Negara bagi mempersembahkan Warkah Persilaan ke majlis berkenaan.

Raja Permaisuri Agong dijadual berangkat pulang selepas selesai majlis berkenaan dan akan berlepas dari LTAK pada pukul 10 malam ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini