Pusat pengajian Islam di Bukit Jernih bebas fahaman pengganas - Utusan Malaysia

Pusat pengajian Islam di Bukit Jernih bebas fahaman pengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Pusat Pengajian Agama Dar Al-Quran Wal Hadeeth di Bukit Jernih, Chuping dekat sini yang diarah tutup sejak Oktober tahun lalu kerana dikaitkan dengan fahaman pengganas dibenarkan beroperasi semula.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, keputusan itu dibuat setelah siasatan mendapati pusat pengajian tersebut bebas daripada sebarang unsur keganasan.

“Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengarahkan pusat pengajian itu boleh dibuka dengan kadar segera,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, pusat itu dibenarkan beroperasi seperti biasa, namun kemasukan tenaga pengajar dan pelajar luar negara perlu melalui tapisan polis terlebih dahulu.

“Pihak pengurusan perlu menyerahkan senarai lengkap butiran tenaga pengajar dan pelajar dari semasa ke semasa selain memberi kerjasama ketika pemeriksaan berkala polis,” ujarnya.

Menurut Noor Mushar, polis akan terus melakukan pemantauan rapi ke atas pusat pengajian tersebut dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.

“Pemantauan juga akan dilakukan di semua pusat pengajian di seluruh negeri termasuk institusi pengajian tinggi yang mempunyai tenaga pengajar dan pelajar warga asing,” tambahnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan operasi sebuah pusat pengajian di negeri ini dihentikan serta-merta sehingga satu tarikh yang akan diumumkan Ketua Polis Perlis.

Institusi tersebut mempunyai seramai 119 warga asing dari 19 negara sementara yang terlibat dalam tangkapan kerana dikaitkan dengan aktiviti keganasan melibatkan seramai enam warga asing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini