Premis restoran gaji PATI diserbu Imigresen - Utusan Malaysia

Premis restoran gaji PATI diserbu Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan seramai 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan ke atas enam buah restoran di  Jalan Changkat Thambi Dollah, di sini semalam.  

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 5 petang menerusi Ops Selera dan Ops Belanja susulan maklumat awam serta risikan yang dilakukan.

“Seramai 65 individu telah diperiksa dalam serbuan berkenaan dan daripada jumlah tersebut seramai 50 individu yang dikenalpasti sebagai PATI telah ditahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua tangkapan berusia dalam lingkungan 25 hingga 45 tahun yang terdiri daripada 40 lelaki dan 10 wanita didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah akta Imigresen,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hamidi, mereka yang ditahan terdiri daripada 35 warganegara Myanmar, 12 warganegara China dan tiga individu warganegara Bangladesh.

“Turut ditahan adalah dua majikan yang berusia dalam lingkungan 40-an kerana disyaki menggajikan serta melindungi PATI.

“Beberapa kesalahan yang dikesan dilakukan oleh PATI yang ditahan adalah tidak memiliki permit, tinggal melebihi masa serta melanggar syarat pas,” jelas beliau.

Tegas beliau, Imigresen memandang serius berhubung isu PATI dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang bersekongkol terlibat dalam kesalahan ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini