PULAU PINANG 26 Julai – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menegaskan tindakan kerajaan negeri yang mahu memohon dana daripada Kerajaan Pusat bagi membiayai sebahagian projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP) hanya akan meningkatkan hutang kerajaan. Presiden SAM, Meenakshi Raman berkata, malah tindakan itu juga akan menyebabkan pembaziran wang pembayar cukai. “Mendapatkan pembiayaan Kerajaan Pusat bagi membiayai sebahagian daripada projek PIP ini tidak masuk akal dan hanya akan meningkatkan hutang kerajaan serta membazirkan wang pembayar cukai. “Kini tiba masanya bagi kajian semula yang lebih adil serta bebas dilakukan ke atas projek PIP dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya