KOTA BHARU – Syarikat pengurusan pelaburan milik Pelaburan Mara Bhd., PMB Investment Bhd. menyasarkan pelaburan mencecah RM20 juta bagi negeri Kelantan menjelang Disember 2019. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Mara, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan perkhidmatan cemerlang dan sasaran memperolehi 20,000 pelabur baharu dalam tempoh yang sama. Katanya, PMB Investment mempunyai 15 dana unit amanah patuh syariah yang ditawarkan dan menjadi pilihan…










